headline photo

Abang.

27 Oct 2014

Bukan senang weh jadi penganti anak sulung

Bukan senang nak jadi role model adik adik
Bukan senang nak jadi tunggak utama keluarga
Yang mana betul salah diperhatikan,Sentiasa

7 tahun lepas,Aku ada abang.
Maybe ramai ja yang taktau aku ada abang
Kami sangat rapat dari kecik,Maklumlah time tu kami dua beradik ja
Rapat la sangat,Bergaduh tu kerap macam anjing dgn kucing

Tu masa zaman kecik la,Masa zaman dah besaq bila mai ego semua
Jangan mimpi la nak tegoq.

Tuhan punya nak tunjuklah hikmah,Kami bergaduh setahun tak cakap
Tak pernah cakap langsung,Buat mcm masing2 tak wujud kat rumah tu.
Sampai malam raya tahun 2007,Abah dah mula bersuara

'Kalau hampa dua beradik takmau bercakap sampai sudah,Ingat..Abah mati abah tak izinkan antara sorang pun mai melawat abah. Ingat tu,Abah tak izinkan'

Seorang penjuru kanan,Seorang penjuru kiri dalam kereta.
Masing masing terkedu,Gamaknya dua dua tersentak dengan statement abah.

Esok tu pagi raya macam biasa rutin bila pagi raya,
Bangun awal pagi,Mandi raya terus pi sembahyang raya
Naik satu kereta,Masih tak bercakap..

Balik ja dari kuboq,Aku mesti ikut abah keluaq pekan sebab nak beli paper dgn ais batu
Tapi sebelum masuk kereta,Abah teruih tanya

''Adik dh beraya dengan abang belum?"

"Errr.... Belum abah''

''Habistu tak reti lagi nak pi beraya? Nak tunggu abah pejam mata baru nak berbaik?"

Aku pun dengan berat hatinya,Setelah setahun tak keluaq "Abang!'' dari mulut aku
Akhirnya pagi raya tahun 2007 jadi saksi.

'Abanggg!! Turun! Adik nak beraya!"

Punya la malu time tu,nak gelak campuq sedih.
Abang pun turun dari tingkat atas rumah tok.Pelan pelan dia turun tangga sambil tgk aku
Aku boleh bayang lagi muka dia time tu,Dengan lembutnya muka dia

Mulalah....
Teruih dia mai melutut depan aku sambil senyum
Aku pun nak elak malu teruih capai tangan abang..

"Abang....adik nak mintak maaf selama setahun kita tak bercakap,Maafkan adik abg"

Abang terus peluk aku,Peluk seeratnya sampai aku menangis atas bahu dia

''Abang pun mintak maaf dik,Abang mintak maaf sebab pukoi adik teruk haritu"

Aku punya la nak cover malu,Teruih tampaq bahu dia

"Hang la ni! Keja nak pukoi aku ja! *Tampaq Manja*

Kami pun alhamdulillah dah berbaik,Tapi tuhla...
Kuasa Allah,Bila bahagia tu mula mai...Sat ja dia bg pinjam
Tak sampai 15 hari aku dapat berbaik dgn abang.

Pagi tu,Satu family bersiap nak balik kampung. Katanya sebab nak bersihkan kampung
Abang takmau ikut sebab katanya ada kem untuk SPM.
Tak sangka pagi tu,Pagi yang terakhir aku dapat tengok abang,Dia sempat senyum...
Dia sempat senyum weh...

Malam tu,Baru nak masuk lena...HP mak bunyi,Tgh malam pulak tu
Sapadia pulak dah call tengah tengah malam ni. Aku pun angkat....

'Salam,Makcik ni saya Hazmi,Pali accident ni'

Time tu betapa luruhnya jantung aku,
Teruih lari macam org gila kejut mak abah dari lena
Bayangkanlah perasaan mak abah time tu macam mana,Dah tak rasa apa
Cuma depa ada habaq sorang meninggal,Sorang lagi parah.Yang meninggal si bawak motor
Kami tak pasti sapa yang bawak motor time tu
Bila dah tengah highway baru kwn kwn abah sahkan,Ya... Abanglah yg meninggal.
Anak abah meninggal,Ya Abang aku meninggal.

Selamat sampai Bilik Mayat,kakunnya tubuh abang atas katil mayat tu
Sudut penjuru ada baju abang yg digunting,Seluaq dia..sandal dia.
Darah masih lekat.
Aku dekatkan diri dengan mayat abang...Aku selak kain mayat.

Abang....Tu abang aku yg aku tengok pagi tadi.
Yang tengok aku sambil senyum pagi tadi..
Tapi malam tu pulak,Adik tengok abang sambil menangis
Aku dah takdak abang.... Aku dah takdak abang weh.

Mak dah pengsan banyak kali,Tapi kuatnya abah.Kebalnya hati seorang abah
Abah yang nampak tenang,Abah redha abang pi.
Aku nampak arwah abang senyum atas katil tu.
Senyum dari Bilik mayat,Sampai bawak balik rumah....
Dari rumah,sampai ke kampung dia senyum,

Masa mandikan jenazah,Abang senyum nampak gigi.
Abang senyum ikhlas sangat,Abang wangi sangat time tu
Semua orang tak percaya abang dah takdak.
Punya susah mak nak lahirkan abang dulu,
Masa abang baby abang hampir meninggal
Sebab tak cukup darah katanya,
Tapi Alhamdulillah abang diberi peluang bernafas sampai umur 17 tahun
Cukuplah Allah pinjamkan abang selama 17 tahun

Abang..
Bukan senang nak jd penganti abang
Bukan senang nak jd anak sulung
Bukan senang nak jd role model utk adik adik

Hari ni genaplah abang tinggalkan kami sekeluarga selama 7 tahun
Damailah abang dekat sana,Kami hanya mampu mendoakan kebahagiaan abang kat sana.
InshAallah kita berjumpa nanti,Satu keluarga..
Kita dah ada adik lelaki,Abang nak sangat adik lelaki kan?
Kita dah ada abang,Nama dia pun lebih kurang abang

Nanti kita jumpa kat sana tau? Adik rindu abang..
Al Fatihah..

3 Makian:

sHieRa cAkAp said...

Sabar la Atyn... Sekurang2nya sempat la Atyn bermesra, berbaik dgn abang untuk 15 hari itu. Semua yg terjadi ada hikmahnya. Kuatkan semangat.

MrMaschar said...

:)

tenku butang said...

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 705
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/